Followers

Sunday, 18 December 2011

8 Fakta Menarik Mengenai Tidur

Tiada insan yang sebegitu hebat dimuka bumi ini yang mampu untuk tidak tidur selama-lamanya. Tidur sebenarnya beri banyak kebaikkan untuk diri kita. Jadi pada entri kali ini Terbaik Dari Ladang ingin kongsikan 8 Fakta Menarik Mengenai Tidur kepada sahabat-sahabat. Jom kita kaji apa fakta yang menarik sangat tu. =)

1. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.



2. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).


3. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.


4. Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.



 5. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.





6. Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu


7. Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.


8. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.




*Bersambung entri yang akan datang =)



-c.f-

10 Negara Paling Tidak Selamat Dunia

Semua insan mahu hidup dan tinggal di negara yang aman melainkan ada mereka yang kurang waras mengatakan negara yang tidak selamat adalah negara yang selesa untuk didiami. Negara yang selamat ialah negara di mana kejadian jenayah adalah sedikit.  Negara yang mempunyai laporan atau kejadian jenayah yang tinggi kemungkinan anda menjadi mangsa jenayah juga adalah besar. Sudah tentu negara yang kejadian jenayahnya tinggi merupakan sebuah negara yang amat tidak selamat untuk diduduki.

Kadar jenayah diukur dengan mengira laporan atau aduan jenayah dalam 100,000 orang penduduk. Maklumat jenayah dikutip melalui bancian, rekod hospital, laporan insuran, rekod polis dan juga agensi penguatkuasa yang lain.

Berikut di bawah adalah senarai 10 negara paling tidak selamat di muka bumi ini, (Angka dalam kurungan adalah kadar laporan jenayah dalam setiap 100,000 penduduk):

1. Amerika Syarikat

(11,877,218)

2. United Kingdom

(6,523,706)
 3. German
(6,507,394)

4.Perancis

(3,771,850)

5. Russia

(2,952,370)

6. Jepun


(2,853, 739)

7. Afrika Selatan


(2,683,849)

8. Kanada


(2,516,918)

9. Itali


(2,231,550)

10. India


(1,764,630)

Jika anda ingin berhijrah ke Amerika atau ke Eropah, anda patut fikir 2, 3 kali kerana hampir semua negara di sana tidak selamat di atas muka bumi ini. India juga tidak selamat tetapi jauh lebih selamat dari pada Amerika. Tapi alangkah selamatnya kita tinggal dibumi Malaysia ini walaupun tidak semaju negara-negara Eropah. Bak kata pepatah, "Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri". Kita seharusnya mementingkan negara sendiri. Malaysia juga mempunyai tempat yang lebih menarik dan selamat untuk dilawati. 

*Bersambung entri yang akan datang =)

-c.f-


7 Benda Paling Menakjubkan Di Dunia Sepanjang Zaman

Entri Terbaik Dari Ladang kali ini akan menyentuh tentang 7 Paling Menakjubkan Di Dunia Sepanjang Zaman. Tapi apakah ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut. Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut. Namun bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada generasi kini dan yang akan datang.


 1) Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer. 





2) Piramid Giza: keajaiban dari bangsa mesir kuno. Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi





3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz



4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa


5) Angkor Watt di Kemboja




 6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu





7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.





dan dalam beberapa hari ni, satu penemuan baru benda ajaib telah ditemui,
menjadikan ianya yang ke lapan..

iaitu; 
Sudin Ajaib! (gambar dirahsiakan).

Habis cerita tuh.. xD
*********************************************

*Bersambung entri yang akan datang =)


-c.f-

Saturday, 17 December 2011

Terbaik Dari Ladang - 15 Perkara Aneh Didunia

Entri pertama Terbaik Dari Ladang yang ingin dikongsikan buat sahabat-sahabat sekalian ialah 15 Perkara Aneh Didunia. Mesti sahabat-sahabat ingin tahu apa yang aneh sangat tu kan? Jadi kami ingin turut sama kongsikan maklumat agar kita terhibur disamping ada ilmu yang bermanfaat buat kita. Kepada sesiapa yang dah tahu, tidak mengapa baca sekali lagi bagi menguatkan ingatan anda tentang fakta pelik ini.

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.


2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).


3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.



 4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.



5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.




6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.



7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.



8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.


9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.


10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.


11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.



12. Semua beruang kutub adalah kidal.



13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya


14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.


15. Hampir semua pembaca post ini akan cuba untuk menjilat sikunya.



* Bersambung entri yang akan datang =)



Terbaik Dari Ladang - Sebuah Pengenalan

Tuan-tuan dan puan-puan, Blog Terbaik Dari Ladang adalah sebuah blog yang cuba untuk menyampaikan maklumat-maklumat menarik tentang isu di dalam dan luar negara buat perkongsian kita bersama. Diharap pengunjung semua dapat memberikan maklum balas yang membina akan setiap entri yang bakal diterbitkan. Segala maklumat akan diletakkan sumber asal untuk rujukan. Teruskan mengikuti perkembangan Terbaik Dari Ladang. Terima kasih

Entri-entri Menarik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...