Semua insan mahu hidup dan tinggal di negara yang aman melainkan ada mereka yang kurang waras mengatakan negara yang tidak selamat adalah negara yang selesa untuk didiami. Negara yang selamat ialah negara di mana kejadian jenayah adalah sedikit. Negara yang mempunyai laporan atau kejadian jenayah yang tinggi kemungkinan anda menjadi mangsa jenayah juga adalah besar. Sudah tentu negara yang kejadian jenayahnya tinggi merupakan sebuah negara yang amat tidak selamat untuk diduduki.
Kadar jenayah diukur dengan mengira laporan atau aduan jenayah dalam 100,000 orang penduduk. Maklumat jenayah dikutip melalui bancian, rekod hospital, laporan insuran, rekod polis dan juga agensi penguatkuasa yang lain.
Berikut di bawah adalah senarai 10 negara paling tidak selamat di muka bumi ini, (Angka dalam kurungan adalah kadar laporan jenayah dalam setiap 100,000 penduduk):
1. Amerika Syarikat
(11,877,218)
2. United Kingdom
(6,523,706)
3. German(6,507,394)
4.Perancis
(3,771,850)
5. Russia
(2,952,370)
6. Jepun
(2,853, 739)
7. Afrika Selatan
(2,683,849)
8. Kanada
(2,516,918)
9. Itali
(2,231,550)
10. India
(1,764,630)
Jika anda ingin berhijrah ke Amerika atau ke Eropah, anda patut fikir 2, 3 kali kerana hampir semua negara di sana tidak selamat di atas muka bumi ini. India juga tidak selamat tetapi jauh lebih selamat dari pada Amerika. Tapi alangkah selamatnya kita tinggal dibumi Malaysia ini walaupun tidak semaju negara-negara Eropah. Bak kata pepatah, "Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri". Kita seharusnya mementingkan negara sendiri. Malaysia juga mempunyai tempat yang lebih menarik dan selamat untuk dilawati.
*Bersambung entri yang akan datang =)
-c.f-
No comments:
Post a Comment