Entri pertama Terbaik Dari Ladang yang ingin dikongsikan buat sahabat-sahabat sekalian ialah 15 Perkara Aneh Didunia. Mesti sahabat-sahabat ingin tahu apa yang aneh sangat tu kan? Jadi kami ingin turut sama kongsikan maklumat agar kita terhibur disamping ada ilmu yang bermanfaat buat kita. Kepada sesiapa yang dah tahu, tidak mengapa baca sekali lagi bagi menguatkan ingatan anda tentang fakta pelik ini.
1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
15. Hampir semua pembaca post ini akan cuba untuk menjilat sikunya.
No comments:
Post a Comment